Friday, May 21, 2010

Mentor 3

Mentor 3

Peserta Mentor 3 melepaskan rasa tekanan dan stress dengan bermain paintball.



Black terlebih dahulu menjadi juara paintball sebelum Mentor 3



Penat jugak main paintball ni




Friday, May 14, 2010

Aku dan Paintball

Aku mula mengenali paintball semasa aku menuntut di UK. Entah macam mana kawan mat saleh sekelas aku ni mengajak aku main paintball. Mula2 aku menolak. Takut sakit..... Tapi lepas di desak akhirnya aku pun ikut. First time main aku dapat tembak 2 orang member aku yang dah biasa main tu,,,,, Best giler.... Lepas tu setiap kali aku ada duit lebih mesti aku desak kawan2 aku pergi main..... Kami main kat hutan je,,,,

Selepas aku balik ke Malaysia aku pun hampir lupa pasal paintball.... Sehinggalah kawan baik aku yang study kat US ajak aku main.... Dia pun start kumpul kawan2.. dapatlah 12 orang untuk main. So kita orang pun pergilah ke Bukit Tinggi.... Banyak jugak habis duit masa tu... Sekotak pellet pun harganya RM680.00, Omak mahalnya....

Pastu kita orang discuss nak masuk tournament. Tapi masa tu mana ada tournament paintball kat Malaysia.... so kita orang pun merancang nak masuk tournament kat London. Campaign Cup..... Maka terbentuklah team Jentayu. Jentayu di angotai oleh Reza, Miwan, Pian, Yeop, Dzul, Wak, Bayau, Hanif, Razak, Azizul, Fazli, Kamal dan beberapa orang lagi yang aku dah lupa nama dia..... Kami pun merantau lah ke Crystal Palace, London untuk menyertai Campaign Cup dalam Millenium Series. We made it..... The first Malaysian Team to participate in the Millenium Series.....Satu pengalaman yang sukar untuk di lupakan..........


Team Jentayu

Team Zone - Jurulatih Jentayu

Sekembalinya ke Malaysia, kami merancang untuk mengadakan pertandingan yang sama di Malaysia. Ini bagi memudahkan rakyat Malaysia menikmati pengalaman manis yang kami alami di London. Maka tertubuhlah Persatuan Paintball Malaysia pada penghujung tahun 2003.

Pertandingan speedball yang pertama telah di langsungkan di Taman Tasik Titiwangsa. The Millenium Series telah mentauliahkan semua pemain yang menyertai Campaign Cup mengadili semua pertandingan di Malaysia. Terpaksalah aku jadi pengadil... Tak dapatlah nak main....

Kejohanan ke dua, KL Open telah di adakan di Komplek Sukan Kampung Pandan. Kejohanan ini menerima penyertaan pasukan luar termasuk pasukan dari Brunai. Lagi sekali aku kena jadi pengadil.... Maka bermulah career aku sebagai pengadil paintball.

Bagi memajukan sukan paintball di Malaysia, MPA dengan kerjasama NPPL (USA) telah membawa Dan Perez ke Malaysia untuk melatih pengadil bagi pengadil untuk kejohanan paintball Liga Kebangsaan.

Tahun 2006 paintball mengorak langkah dengan bermulanya Liga Paintball Kebangsaan. Tak ada chance le aku nak main. Aku terpaksa menjadi Ketua Pengadil untuk Liga Paintball Kebangsan (My NPL).



Pra My NPL 2006

Pra NPL - Padang Astaka PJ


Bagi memperkenalkan paintball kepada rakyat Malaysia, Perstuan Paintball Malaysia dengan kerjasama Persatuan Paintball Malaysia telah menganjurkan Siri Jelajah Kejohanan Paintball Piala Datuk Seri Azalina di seluruh Semenanjung Malaysia. Aku telah di tugaskan untuk mengendalikan kejohanan ini termasuk menyipkan padang, peralatan dan menjadi ketua teknikal. Sekali sekala aku turut menjadi referee. Saja teringin nak jerit Ooooouttttt.........

Setelah tamat Siri Jelajah Piala Datuk Seri Azalina, Persatuan Paintball Malaysia dengan kerjasama NPPL telah menghantar beberapa orang pengadil untuk menimba pengalaman di kejohanan dunia NPPL Super Seven di Huttington Beach, Carlifornia, USA. Beberapa pengadil terpilih termasuk Reza, Miwan, Hasnu, Fozy, Bad, Is dan Darlis. Malangnya Is punya visa tak lepas walaupun beberapa kali mencuba...... Lima orang pengadil Malaysia terbang ke USA...


Pengadil Malaysia di NPPL Super Seven, USA



Kad Paintball Referee Organisation Aku




Sekarang aku telah bersara daripada bermain dan juga menjadi pengadil. Kadang2 je bila member mintak tolong.... aku pergi jugak jadi pengadil.

Hidupku sekarang hanya tertumpu kepada mengendalikan Paintball untuk Teambuilding. Sekali sekala bila ada order aku jagalah padang aku kat Taman Rimba Komenwell dan Broga.

Kalau ada orang nak buat Tournament speedball or Recball bolehlah contact aku.....

Wednesday, May 12, 2010

Scenario Paintball Broga



Scenario Paintball Broga

Tuesday, May 11, 2010

Gambo NSTP


Gambar2 NSTP


Technical Staging Area

Aku nak main dulu....


Haaa.... Apa dia?


Boleh sembunyi balik pokok ni tak???


Sakit tak?


Bila nak main nih......


Ya Allah.... Janganlah sampai aku kena tembak.....


Khusyuknya.... Faham ke ni....


Mana satu geng aku ni.....


Ready dah nak main....


Muka2 kepuasan selepas game

Sorry guys.... gambar main tak ada. Jurugambar takut kena tembak...................


Scenario Paintball Broga

Kini di buka kepada orang ramai.

Pekej Kami seperti yang di lampirkan.

Rebranding Program (NSTP's First Group) - Paintball Session



The first group of about 50 participants from NSTP Group was here at Excel Training Resort in Ulu Beranang for three days Training Program from 5 May 2010 - 7 May 2010. The program is specially designed to prepare all NSTP staffs mentally and physically towards becoming the best media company in Malaysia.










One of the Module for the program is Paintball. During this module, all four groups namely "sponge-bob", "999", "Terjah" and "Jangan Tidur Lagi" will compete to achieve their given objectives.

Short safety briefing to ensure that all participants follow the rules and regulations was given by the facilitator.

Masa ni lah semua peserta kelihatan amat risau dan gelisah. Ramai yang berharap agaar mereka tidak mengikuti program ini. Antara soalan yang keluar daripada mereka: "Sakit tak bang kalau kena tembak".

Kelihatan riak muka mereka bertambah risau apabila jawapan yang di terima "memang sakit". Well...... that is part and parcel of the game.

Sebelum permainan bermula, setiap pasukan di kehendaki melakukan apa yang di panggil "Walk the Field". Di sinilah mereka di berikan masa antara 10 - 15 minit untuk merancang dan menyusun strategi bagi mencapai matlamat yang di berikan - "Strategic Planning".

Then, game Onnnnnnnnnnnnn..................................


Masa inilah anda dapat saksikan banyak aksi. Ada yang merangkak, ada yang berjalan, ada yang berlari..........

Ada yang menembak, ada yang tertembak..................

Kesudahannya...... semua pasukan adalah pemenang. Tiada PENGALAH......

Apakah yang di pelajari oleh peserta daripada modul ini:-

Wakil Kumpulan Terjah.......
"Team work sangatlah penting dalam permainan ini. Kita perlu merancang strategi dalam satu kumpulan dan bertindak dalam satu kumpulan"

Wakil Kumpulan Jangan Tidor Lagi.........
"Kumpulan kami menang kerana sikap ahli pasukan yang mengikut perancangan.... setiap ahli di berikan peranan masing2 dan semua melaksanakan tugasan yang di berikan.... Keberanian ahli pasukan "berani mati" yang tidak menghiraukan kesakitan di tembak memberikan kelebihan pasukan kami"

Siap ada ahli pasukan berani mati tu...............
Yang penting dalam satu pasukan mesti ada leader dan follower. Kalau semua ahli memainkan peranan masing2 sebagai satu pasukan.... kejayaan pasti datang...

Semua yang awalnya takut nak main.............. nak main lagi boleh?......................

Untuk yang ingin bermain:
Kami menawarkan pekej yang berpatutan untuk beginer:-

ETR100 - Hanya RM40.00 seorang bagi sewaan marker, face mask dan 100 pellet.

ETR200 - Hanya RM60.00 seorang bagi sewaan marker, face mask dan 200 pellet.

ETR500 - Hanya RM95.00 seorang bagi sewaan marker, face mask dan 500 pellet.

Untuk tempahan, hubungi Miwan di 016-335 4612